Assalamu’alaikum w.b.t
Menyusuli kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barakah, Kelab UMNO Queensland dengan rendah hati mengadakan majlis berbuka puasa kepada para muslimin dan muslimat di Queensland. Butir- butir majlis adalah seperti berikut:
Tarikh: 10hb September 2009, Khamis
Waktu: Selepas solat Maghrib
Tempat: UQ Musolla, Hawken Drive
Menu: Nasi ayam serta beberapa juadah kuih muih
Jemputan: Semua dijemput menghadirkan diri
Sudikanlah hadir agar dengan kehadiran anda, kita sama- sama dapat berkongsi kegembiraan berpuasa dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:
Bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya, apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
[Al-Bukhaari & Muslim].
Wasalam.
Tarikh: 10 Sept 09